Want your
own Fotopage?







 
Gambar bercerita Si Kucing Kampung

By: Ban Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Apr-2008 16:25 Email | Share | | Bookmark
Abdul Hakim LUV Nurul Aswa forever......

Debaran bermula
Kasih Terpateri, Kucupan pertama seorang suami..
Semoga berkekalan dari gambar secantik ini
Menjadi sebegini
Bersanding 4+1
KK tak dapat hadir majlis sepupu yang ini kerana berada di Jakarta pada waktu itu.Besar niat untuk hadir tetapi kerana janji yang telah dibuat kepada kawan2, terpaksa meminta ampun kepada pasangan ini yang telah mengawalkan tarikh keramat mereka..Harapan KK, agar pasangan ini bahagia selamanya..
Tahniah juga kepada sepupuku Nurul Hafiz dan Ireena, yang bersanding bertiga (anak sedara baru on the way, yeay!).
Mohon izin kerana terpaksa menggunakan gambar yang bukan hasil tangan KK, siapapun yang mengambil shot2 ini.

salam perkenalan, tumpang iklan ye..
KOLEKSI TUDUNG CANTIK, MUDAH & CEPAT UTK DIPAKAI, BLOUSE TERKINI MENANTI ANDA DI... http://chindye.fotopages.com/
Wed 2-Apr-2008 18:03
Posted by:dayang  - [Link]
Add comment


Wednesday, 2-Apr-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
3 Dara, 4 hari 4 malam di Jakarta/Bandung

Malam Pertama:Tiga sahabat, berdebar tapi amat gembira
Sampai di Bandara Soekarno Hatta sambil pose depan teksi
Hari Pertama: Ke Tanah Abang!!Tapi abang syg tak djumpai;-P
Tengahari makan di Restoran Sederhana..Cantik bangunannya..
Kemudian ke TMII, disambut oleh patung2 comel..
Miz Y di depan Rumah Sumatera
View all 28 photos...
Update selepas setahun. Tahun lepas KK mengejar sakura di Negeri Matahari Terbit.Tahun ini, ke negara jiran. SHOPPING!!Itu tujuan utama, sambil melihat negara orang. .Ada gambar2 yang dipinjam dari kamera Miz Y sebab KK lupa bawak charger.. .
Cik ZZ, ini entry khas dari Honey2 mu...

wah.. madu-maduku, sakan ya jalan2 dan shopping...

huhu... tahun depan tgu SKT baru, nak pi BALI yang real... kekekek
Thu 3-Apr-2008 00:26
Posted by:zaza imzara@yahoo.com
Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 15:09 Email | Share | | Bookmark
Tentang Labuan: Yang ku..

sukai selalu..-Bunga-bungaan di Pulau Papan
rasai ketenangannya..Akuarium di Pusat Sukan Air Antarabangsa
rasa terhibur di sana..-Taman Burung Labuan
View all 4 photos...

hi Bani, terima kasih singgah ke FP saya ya...dan sudi menempah cupcake ngan saya
Sun 22-Jul-2007 13:40
Posted by:Misliha miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 13:37 Email | Share | | Bookmark
Labuan, Aku kembali..

Sempat touchdown KK, tapi sampai airport je :-(
Selepas 4 jam dlm flight,sampai je trus pi mkn dgn Cuji n family
Malam itu makan lagi di sini
View all 21 photos...
Pertengahan bulan Jun yang lepas, KK telah berkesempatan untuk BALIK ke Labuan (Pernah tinggal di sini selama setahun waktu zaman mude remaje dulu..).Peluang kali ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab baru yang diberikan oleh tempat kerja sekarang ini.Agak gementar pada mulanya kerana
1. Semua ahli kumpulan merupakan kawan baru, ada yang pernah bertegur sapa tetapi tidak pernah bekerja bersama.
2. Pertama kali berdepan dengan 'Big Boss' sebagai pihak yang berlainan, bukan di pihak yang sama.
Sungguh tidak disangka perjalanan kali ini memberikan lebih peluang kepada KK untuk mengenali kawan dari pelbagai peringkat dan pergi ke tempat yang KK tak pernah sampai selama di sana sebelum ini.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang bergaul dengan gembira..

Care to comment?


Sunday, 10-Jun-2007 07:47 Email | Share | | Bookmark
Ana Awie -Janji yang dipateri telah direalisasi

Debaran Malam Berinai
Restu Ayahanda tercinta
Restu Bonda Tersayang
View all 11 photos...
Hujung minggu ni pergi kenduri rumah Mak Tam.Anaknya Ana(cousin KK) , melangsungkan perkahwinan dengan Awie (nama manja yang Ana panggil).Majlis yang menyatukan timur dan barat Semenanjung dan mengumpulkan saudara bara dari utara selatan timur dan barat Malaysia.Mungkin betul kata orang, makin teguh cinta, makin banyak halangannya..Mereka ini??Menurut zaman sekarang, terlalu awal untuk mengikat komitmen, dan mereka ini cukup berani untuk mengharunginya.Bagi KK, yang penting adalah rasa kasih yang tak berbelah bagi adalah yang paling sukar dicari jadi jika telah menemuinya, apa salahnya jika ingin hidup gembira kan?? Rezeki di tangan Allah, tetapi pesan Kakak wahai adik-adikku, hati-hati mengharungi hidup berumahtangga, tidak semuanya indah seperti disangka.-Macamlah KK pernah mengharunginya yekk??
Sekali lagi maaf dipinta kerana semua gambar memang tak pro, sebab tak berani nak ambil gambar dekat2, sebak..dan apa gunanya hire professional photographer kalau kita gak kena kerja keras kan..he3

cun penganten nih......
selamat penganten baru no.......
Sun 10-Jun-2007 10:38
Posted by:dOd  - [Link]
Add comment


Sunday, 8-Apr-2007 17:36 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal Land Of the Rising Sun

Tumbuh tumbuhan yang sempat diambil gambarnya
Sayonara...Ja mata..
Kami balik ke Tokyo pada hari kelima, terus ke Narita Airport dan menginap di Holiday Inn Tobu,Narita (satu-satunya hotel yang diinap oleh kami semasa di Jepun-terima kasih kepada warga Jepun yang baik hati menerima kami, jangan risau, nanti datang ke Malaysia boleh tinggal di rumah KK,kalau dah siap..)
Yang lawaknya, kami tidak larat untuk keluar berjalan ke Tokyo merasai 'hanami' walaupun telah siap check in pada jam 4.30 tetapi masih boleh shopping di AEon Narita sampai jam 9.30 malam.
Mungkin tiada rezeki KK merasai 'hanami' pada tahun ini.Mungkin benar kata Kak Jun, KK harus pergi lagi ke Jepun demi Hanami.
Mana tau terbuka hati KK untuk sambung belajar seperti kawan-kawan yang lain, bolehlah KK merasai 4 musim di negara yang KK rasa patut dicontohi oleh semua orang.Sebelum itu, mesti belajar nihon go yaa!!

Care to comment?


Sunday, 8-Apr-2007 16:53 Email | Share | | Bookmark
Semalam di Shiga

Pelukan Selamat Tinggal untuk Kak Jun yang baik hati
Jalan-jalan Kyoto Station bersama Noriko san
Jalan-jalan Kinkakuji bersama Oka san
View all 7 photos...
Hari Keempat KK dan Kak Pah bertolak ke Kyoto, untuk berjumpa dengan host family di Shiga.Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah menaiki Shinkansen.Tiba di Kyoto disambut oleh Noriko san, Bahasa Inggerisnya bertambah baik dan kami berjalan di sekitar Kyoto Station dan menaiki Skyrail di sana sebelum berjumpa Oka san pada jam 2.30 petang. Sebelum ke Shiga, kami berjalan-jalan sekitar Kyoto menaiki teksi yang disewa oleh Oka san KK. Rasa bersalah kerana menyusahkan beliau tapi dia memang bersungguh-sungguh.Untuk tidak menghampakan penat-lelah beliau, kami pun ke Kinkakuji(Golden Temple) dan menyaksikan persembahan Kimono.Kami berjalan berlima, KK, Kak Pah, Noriko san(kawan dari Kyoto), Oka san Mieko(mak angkat) dan Kazuko san( kakak Oka san).
Sepatutnya Yumiko san, anak Oka san yang sebaya KK yang jemput KK untuk bermalam di rumah barunya dan ingin membawa KK berjalan, tetapi bila anaknya Sho chan dimasukkan ke hospital kerana demam panas yang teruk semuanya jadi kelam kabut.Tetapi KK tetap selesa balik ke Moriyama, Shiga kerana dapat berjumpa dengan semua keluarga, Yumiko san, Yoko chan, Oka san dan Oto san.Dan paling gembira bertemu si kecil Sho yang sudah pandai berkata-kata.Walaupun cuma faham sedikit dari perkataannya, tetapi amat terharu bila dia mengucapkan terima kasih dalam bahasa jepun untuk gula-gula yang sempat KK belikan untuknya dari Disneyland HK.

Care to comment?


Sunday, 8-Apr-2007 14:38 Email | Share | | Bookmark
Ipah Sensei dan Fuji san

Di Tamagawa Eki Station-Mesti ingat Abang dan anak2 nie...
Ini tren yang perlu kami ambil
Pemandangan dari dalam tren.Dah tak ingat nama stesen nie..
View all 18 photos...
Hari ketiga di Tokyo, kami ke Kawaguchi ko, Tasik yang mempunyai pemandangan yang indah di dalam wilayah Fuji. Hari yang cerah dan perjalanan yang amat relaks..Yang penting, Fuji-san tidak malu-malu menunjukkan kecantikannya pada kami bertiga.Waktu KK ke Jepun 2 tahun yang lepas, salah seorang koordinator menceritakan bahawa Fuji-san menurut lagendanya ialah seorang wanita cantik dan cuma akan menunjukkan diri sekiranya ada lelaki kacak ingin melihat ataupun pemerhatinya merupakan wanita yang tidak setanding dengannya..Nampaknya KK memang tidak setanding Fuji-san ..
Perjalanan pergi, kami menaiki Tren, yang menurut Kak Jun adalah pilihan mengejut yang baik(kami tidak dapat membeli tiket bas pergi ke Kawaguchi ko kerana lambat menempah).Balik ke Shinjuku kami menggunakan bas dan kemudian menaiki tren ke Chofu dan kemudian, berjalan kaki ke Tamagawa(15 minit kalau orang Jepun berjalan dan 25 minit orang Malaysia berjalan )

Care to comment?


Sunday, 8-Apr-2007 13:45 Email | Share | | Bookmark
Ipah Sensei Melawat ke Negeri Matahari Terbit

Lihatlah dunia,aku telah sampai ke Tokyo!!Pose di T2 Eki Station
Esoknya, Kak Jun bawa ke Asakusa.
Pose bersama Kak Jun di dalam Asakusa Temple
View all 7 photos...
Seminggu lepas ke HK, kami(KK dan Kak Pah) ke Tokyo.Idea gila KK sebenarnya tapi turut diikuti oleh Kak Pah.Plan awal telah dibuat dengan baik cuma pada saat akhir KK tukar plan untuk membenarkan Kak Pah melihat Jepun dengan lebih meluas.Akhirnya, dengan nasihat dari Puan Junko Kaji(aka Kak Jun),KK akur untuk kembali ke perancangan asal.Rugi sedikit kerana telah menempah hotel tetapi demi keselamatan, berbaloi rasanya..Sejuta rasa Terima kasih buat Kak Jun dan Abg Ken(suami Kak Jun) kerana menerima kami dengan tangan terbuka menjadi penghuni sementara rumah yang sungguh selesa di Tamagawa,Chofu,Tokyo.

Care to comment?


Saturday, 7-Apr-2007 05:04 Email | Share | | Bookmark
Hong Kong, where prosperity comes in and never goes out.

Bermula dengan HKIA di Pulau Lantau
Ke Teluk, Terowong dan Jambatan di sepanjang perjalanan
Ke bangunan yang menghiasi Kowloon dan Pulau HK
View all 4 photos...
Walaupun sibuk melihat tempat orang (almaklum, baru negara luar kedua yang dilawati lepas Jepun 2005), sempat jugak KK curi 2-3 pemandangan di Hong Kong sebagai kenangan.Dan tour guide dari Able Tours-Mr Elton'but I like woman very much!!' mengatakan, menurut Feng Shui, kedudukan Hong Kong telah membenarkannya untuk mencari seberapa banyak kekayaan yang boleh tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.