Want your
own Fotopage?







 
Gambar bercerita Si Kucing Kampung

By: Ban Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Apr-2007 03:56 Email | Share | | Bookmark
Hari Terakhir Di HK

Selamat pagi, awal sangat ke HKIA, seperti murid sekolah rasanya
Melintas pelabuhan yang amat sibuk
Itu dia!!Pulau Lantau,lepas letak barang di Airport,kita ke DL!
View all 11 photos...
Sebelum kembali ke Tanah Air kami berpeluang ke HK Disneyland.Walaupun cuma 3 jam setengah di sana, kami berpeluang membeli belah dan melawat Muzium The Disneyland Story di Main Street USA,menaiki periuk di The Many Adventure of Winnie the Pooh dan menonton tayangan 3D MIckey's PhilharMagic di Fantasyland dan menonton Festival of the Lion King di Adventureland.Cuma kami tidak menaiki apa apa di Tomorrowland kerana masa suntuk.
Kos Perbelanjaan untuk Jalan-jalan HK untuk 4 orang (tidak termasuk makan dan Shopping sebab KK masak nasi sendiri dan mak bawa rendang dan makanan tin sebagai lauk) ialah:
Tiket kapal terbang RM 1027 X 4 orang (pergi balik)
Hotel RM 1112 (2 bilik, 2 malam di Metropark Kowloon)
Half Day Tour HK HKD290 untuk 2 orang X 2
Disneyland HKD 295 seorang X 4
Transport Hotel HKD 180 (pergi balik seorang) X 4
Teksi HKIA-Disneyland-HKIA (ada shuttle bus tapi berlagak nak naik teksi ) HKD 220
(Untuk makluman, Metropark Kowloon Hotel terletak agak jauh -20 minit naik bas- dari Tsim Hat Tsui(Bandar) tetapi 15 minit jalan kaki'orang M'sia' ke Ladies Market dan ada free shuttle setiap 30 minit ke Mongkok Station dan Tsim Hat Tsui)
Untuk makluman BPR, KK cuma bayar 75% dari perbelanjaan, belum sampai 3 kali jumlah gaji sebulan, kerana Kak Pah bayar perbelanjaannya sendiri.

Care to comment?


Saturday, 7-Apr-2007 03:01 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Abah dan Emak ke Hong Kong (HARI PERTAMA DAN KEDUA)

Abah yang penat tetapi kagum dengan keluasan HKIA
Dalam bas menuju ke hotel, setelah 2 jam di HKIA
Pengiring -pengiring yang sungguh teruja
View all 12 photos...
Ingat lagi waktu kecil-kecil dulu, selalu dengar mak cakap bila tengok tv,'Tengok tu, cantiknya negeri orang..Bilalah kita dapat melawat kan...'Dari saat itu memang telah tertanam dalam hati, kalau satu hari nanti KK telah bekerja, KK pasti bawa Mak dan Abah jalan-jalan.
Tapi oleh kerana masa yang singkat,(Mak & Abah ada 300 orang ANAK yang perlu diberi makan), dan beberapa faktor kesihatan, kami cuma boleh ke Hong Kong yang mengambil masa 3 jam perjalanan menaiki kapal terbang dan tinggal di sana 2 malam.Dan kami pergi berempat, KK dan Kak Pah,bersama mak dan abah.Kak Pah, merupakan cousin KK yang amat sporting menangani pelbagai karenah kami, .
Suhu pada waktu ketibaan ialah 17 Darjah Celcius dan menjadi semakin sejuk setiap hari.
Untuk makluman, HK terdiri daripada 3 kawasan utama, Pulau Lantau (Lapangan Terbang dan Disneyland),Kowloon (Kawasan membeli belah di Tanah Besar) dan Pulau Hong Kong (Pulau Utama).

Care to comment?


Thursday, 5-Apr-2007 13:06 Email | Share | | Bookmark
Family Day di KRTC

Petang Sukaneka yang penuh keceriaan
Gelagat Yaying dan Aah, warga flat yang baru jejak tanah
Malam BBQ yang dimeriahkan dengan penyanyi jemputan.Teka siapa??
View all 6 photos...
Walaupun tidak semua yang hadir kerana pelbagai alasan dan cerita, KK gembira kerana semua yang datang ialah yang terpilih, yang paling sporting dan tiada suara-suara sumbang yang selalu tidak puas hati tanpa memikirkan penat lelah penganjur.
Terima kasih kepada semua yang hadir....
Special thanks untuk penyanyi dan penari jemputan yang sanggup datang bersama memeriahkan suasana.Dan juga untuk sukarelawan-sukarelawan yang ringan tulang membantu mengendalikan acara agar berjalan dengan lebih lancar.
You guys are the greatest..

Care to comment?


Thursday, 5-Apr-2007 12:41 Email | Share | | Bookmark
Sehari di GH

 
Minggu seterusnya, kami ke GH.Pening kepala naik mainan kanak kanak dan sakit telinga sebab tekanan udara di tanah tinggi.
Rombongan kali ini ialah Yaying, Aah, Nunu, Aboy, Auntie Yanie, Auntie Ban, Mama dan Babah.

Care to comment?


Thursday, 5-Apr-2007 12:14 Email | Share | | Bookmark
Yaying berjumpa Opah dan Atok

Hai..Kak Aah ni memang spoil gambar Yayinglah..
Atok ni asyik berbincang jelah..bila mo jalan dengan Yaying ni??
Yaying minum dululah..
View all 6 photos...
CNY ari tu Mak dan Abah datang untuk tahlil Arwah Atuk, Hari terakhir di KL, kami ke The Curve.Tour guide untuk hujung minggu itu ialah Yaying...

Care to comment?


Sunday, 1-Apr-2007 16:04 Email | Share | | Bookmark
Sehari di KT

Alow, Selamat Pagi!!
Mulakan hari anda dengan menaiki AA ke KT
Adoi..macik ngantuk...
View all 10 photos...
Lama tidak menampal gambar..Tapi siapa yang pedulikan?? .
Cerita dimulakan dengan percutian hujung minggu selama 12 jam di KT.
Bajet: RM 84 seorang untuk tambang kapal terbang
RM 20 seorang untuk makan (tengok saiz lah yekk)
RM 40 untuk satu teksi (pergi balik dan kalau dapat pemandu yang baik, akan dibawa singgah ke Kg Losong (keropok lekor) dan tepi pantai.

Care to comment?


Thursday, 15-Feb-2007 14:23 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang ke Dunia...

Pandangan pertama
Gambar yang di mms kepada auntie dan uncle sekalian
Ini bukan Mak Vogue, ini Auntie Zah yang sdg mengambil berkat..
View all 6 photos...
Semalam ramai yang gembira kerana dapat bunga, hadiah dan sms sempena Hari Valentine.Tetapi, kami di Dato Onn gembira kerana bertambah ahli keluarga lagi seorang.Tahniah kepada Ana dan Bakri, dan kepada Amiera kerana terkabul doanya nak dapat adik.Syukur Alhamdulillah, bonda dan anakanda dua-dua dalam keadaan selamat.Puteri ini dilahirkan dengan berat 3.05 kg dan setakat hari ini, bonda dan ayahanda belum lagi mengumumkan nama rasmi..Kami datang menyerang selepas maghrib dan Mak Vogue tidak mahu dirakamkan kerana penat dan kurang 'vogue' pada hari kejadian

Signs you hate your job: http://skorcareer.com/malaysia-eng/article-youhateyourjobwhen.htm

I pun terkena.
Mon 12-Mar-2007 01:26
Posted by:Mynie
Add comment


Thursday, 1-Feb-2007 17:06 Email | Share | | Bookmark
Berhari Wilayah di Rembau

Ompek bersaudara,Lincah dan Gembira
Leader-Kak Syedah,"Eden bosar sobab kuat makan paser..':-)
Omak..baby nak tido..
View all 6 photos...
Hari Wilayah tahun ini KK sambut di Wilayah Rembau - Daerah Beradat bersama dengan keluarga angkat sendiri dan keluarga angkat roomate masa kat IN*AN. Lega rasanya dapat balik ke kehijauan pohon - pohon gotah dan klapo sawit.Hiruk pikuk anak2 menyambut ketibaan eden dan rombongan dengan jeritan yea yea, ado kek!!

Care to comment?


Sunday, 21-Jan-2007 13:21 Email | Share | | Bookmark
Salam Awal Muharam dari Ikano Power Centre

Birthday girl yang terselamat dari menonton Kuntilanak bsama Wa
Cadangannya nak bawak birthday girl melihat wayang di Cineleisure, tapinya tiada wayang yang menepati citarasa birthday girl.Akhirnya duduk minum kopi di Ikano.

Care to comment?


Sunday, 21-Jan-2007 12:51 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Adha Dari Simpang Mengayau,Kudat

Inilah 5 beranak yang sanggup meredah jalan tanah merah ke sini
Sebelum bertolak
Kami di atas tu!!!
View all 12 photos...
Minta ampun sebab lambat 'upload' gambar-gambar ini..

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.